Anti-histamin – Anda gatal?

“Mengantuk atau tidak mengantuk?”

Setiap ‘pharmacist’ di farmasi.

Anda gatal atau anda pernah merasai gatal? Dua persoalan yang menarik tetapi mempunyai maksud yang berbeza mengikut konteks semasa. Dan jika anda pernah merasai sensasi gatal di kulit, hidung atau mata, pertanyaan di atas, “Mengantuk atau tidak mengantuk”, seringkali kita dengar daripada ahli farmasi apabila kita ingin membeli ubat yang sangat dicari semasa musim demam ataupun ketika kita mula menggaru kerana kegatalan. Kegatalan ini boleh terjadi di mana-mana seperti muka, lengan, hidung atau boleh terjadi kerana pelbagai penyakit.

Ubat ini tidak khusus hanya untuk selesema mahupun gatal, bahkan ubat ini terkadang juga digunakan sebagai ubat batuk dan ubat tahan muntah/mual. Kepelbagaian kegunaan ubat ini membuatkan ubat ini menjadi salah satu ubat di dalam farmakoterapi untuk penyakit alahan, resdung, ekzema, batuk, muntah/mual, dan selesema. Ubat yang diperkatakan itu adalah ubat anti-histamin.

Ubat anti-histamin merupakan satu kumpulan ubat yang bertindak untuk melawan efek histamin di dalam badan. Histamin adalah satu molekul kimia yang bertindak ketika kita bersin, gatal dan alergi. Bukan ini sahaja, bahkan histamin memainkan peranan yang penting dalam pelbagai penyakit seperti ekzema dan radang.

Antara ringkasan mekanisme histamin menjadi molekul kimia yang penting di dalam alergi rhinitis adalah (1) (2).

  1. Alergen, iaitu benda asing (i.e., kimia, habuk, debunga, makanan, bulu kucing) yang apabila kita boleh rasa melalui mana-mana lima panca indera kita, boleh mencetuskan reaksi sistem imun kita.
  2. Alergen bertemu Immunoglobulin E (antibodi) mampu membentuk kompleks Alergen-Immunoglobulin E. kompleks di sini bermaksud, kedua-dua molekul itu membentuk ikatan kimia.
  3. Kompleks ini pun akan membentuk tindakan kimia (chemical reaction) dengan reseptor Immunoglobulin E di sel mast di dalam tekak pernafasan dan sel darah putih (i.e., basophil).
  4. Ikatan kimia (chemical bond) antara kompleks histamin-Immunoglobulin E dan reseptor akan menyebabkan pengeluaran histamin di dalam sel mast. Histamin akan membentuk ikatan kimia bersama reseptor histamin-1 di dalam saluran pernafasan dan menyebabkan rembesan bendalir seperti kahak atau air keluar daripada sel tekak pernafasan. Histamin di dalam salur darah akan menyebabkan salur darah mengembang dan lalu memudahkan bendalir untuk keluar daripada salur darah tersebut.
  5. Kerana kesan histamin di saluran pernafasan seperti hidung akan berair, hidung gatal, mata gatal dan merah. Kesan-kesan ini adalah sinonim dengan kesan Alergik rhinitis.
Rajah 1: Mekanisme asas alergik rhintis oleh penulis
Mekanisme anti-histamin

Ubat anti-histamin adalah penting untuk merawat kegatalan yang di mana molekul histamin berhubung kait di dalam mekanisme atau patogenesis sesuatu penyakit. Contoh, penyakit ekzema selalu mengalami simptom kegatalan, dan apabila dikaji, simptom kegatalan itu berkait rapat dengan molekul histamin. Maka, ubat anti histamin mampu merawat simptom gatal ini. Gatal di sini bermaksud perlakuan menggaru tempat yang gatal. Bukannya perlakuan miang atau horny sesetengah manusia.

Mekanisme yang lebih jelas adalah;

          Molekul ubat anti-histamin akan membentuk ikatan kimia bersama reseptor histamin, lebih spesifiknya reseptor histamin-1. Perkataan ‘anti’ di dalam anti-histamin bermaksud antagonize iaitu melawan. Dan ini membawa maksud bahawa molekul anti-histamin ini mampu melawan efek atau kesan yang boleh dicetuskan apabila molekul histamin membuat ikatan kimia bersama reseptor histamin-1. Ikatan kimia antara anti-histamin dan reseptor histamin-1 akan menghalang molekul histamin daripada membuat ikatan kimia dengan reseptor histamin-1 dan seterusnya menghalang pengeluaran histamin di dalam badan.

Rajah 2: Lukisan penulis tentang mekanisme ubat anti-histamin

* (untuk profesional) Informasi yang bakal saya katakan ini adalah untuk mereka yang mempunyai asas dalam biologi/farmasi/perubatan. Reseptor histamin-1 mempunyai constitutive activity yang bermaksud ia mampu menghasilkan efek fisiologi tanpa ligand (i.e., histamin). Dan ubat anti-histamine jika dapat membuat ikatan kimia dengan reseptor histamine-1 mampu meneutralkan efek fisiologi reseptor histamin-1 tersebut, lalu tiadalah efek histamin di dalam sel dan badan. Namun perlu diingatkan bahawa, untuk mengklasifikasi  semua ubat anti-histamin sebagai histamine-receptor antagonist adalah tidak tepat. Kerana ada ubat anti-histamin yang boleh diklasifikasikan sebagai  Inverse Agonist seperti Diphenhydramine. Ianya adalah Inverse agonist kerana Diphenhydramine boleh menghasilkan efek yang bertentangan dengan efek fisiologi reseptor histamine-1.

Ubat anti-histamine juga boleh dibahagikan kepada dua jenis. Ubat anti-histamin generasi 1 dan ubat anti-histamin generasi 2. Jika anda pernah pergi ke farmasi dan meminta ubat selesema atau gatal, pasti anda pernah mendengar persoalan “Nak mengantuk atau tidak?”.

Ini kerana, ubat generasi pertama boleh membuatkan anda mengantuk manakala ubat generasi kedua tidak boleh. Mengapa? Tanya sang pembaca ketika ini. Kerana ianya adalah struktur molekul ubat itu sendiri. Ini akan saya ulas jika anda berminat tentang medicinal chemistry. Namun secara amnya, untuk pembaca publik, ubat generasi pertama mampu menerobos blood brain barrier (BBB) dan pergi ke otak di mana ia akan menyebabkan anda mengantuk. BBB adalah struktur anatomi yang khas dan unik di otak di mana ianya wujud hasil daripada proses evolusi dan bukannya hasil dari creationism yang diketengahkan sesetengah kumpulan dan bertujuan untuk menghalang benda-benda berbahaya untuk tidak masuk ke dalam otak dan mengakibatkan . Justeru, ubat generasi pertama, dengan struktur kimia mereka yang unik mampu menembusi BBB dan pergi ke otak (3) lalu menyebabkan efek tidur (4). Dan seperti mana ubat generasi 1 dapat menembusi BBB kerana struktur kimia nya, seperti itu juga ubat generasi 2 tidak dapat menembusi BBB kerana struktur kimianya. Justeru, segala mekanisme dan kesan sampingan ubat bergantung kepada struktur kimia sesuatu ubat.

* (untuk profesional) Dan jika anda lihat senarai ubat anti-histamin generasi 1, anda dapat lihat sesetengah ubat tersebut boleh ditemui di dalam ubat batuk seperti Diphenydramine di dalam Benadryl. Ataupun anda boleh nampak ubat anti-histamin generasi 1 juga boleh ditemui di dalam ubat anti-mual/muntah seperti Promethazine di dalam Phenergan. Ini kerana ubat anti-histamin generasi 1 juga mempunyai pelbagai efek fisiologi seperti anti-kolinergik (5) dan anti-psikotik. Dan juga kerana ubat generasi 1 ini dapat memasuki ke dalam otak, ianya dapat mengakibatkan efek anti-mual/muntah melalui Vomitting chemoreceptor zone (6) dan anti-batuk melalui pelbagai mekanisme yang sedang dibahaskan contohnya (7);

Histamine H1 receptors in the central nervous system may directly promote the production of cough. Access to these receptors would require a centrally penetrant H1 antihistamine

Bolser, 2008

Disini saya senaraikan ubat anti-histamin generasi 1 dan 2 (8); terdapat juga ubat anti-histamin generasi 3 dan ianya adalah * enantiomer atau metabolit untuk ubat generasi 1 dan 2. Dan seperti ubat anti-histamin generasi 2, ubat generasi 3 juga tidak dapat menembusi BBB dan menghasilkan efek mengantuk terhadap individu.

Rajah 3: Senarai ubat anti-histamin generasi 1, 2, dan 3.

Tuntasnya, perubatan moden bukan sahaja mempunyai bukti daripada ujian klinikal, namun terdapat juga bukti daripada struktur kimia ubat tersebut. Kita meng-teori-kan fungsi ubat tersebut melalui struktur dan kita ujinya secara klinikal. Dan ia berhasil untuk merawat simptom penyakit melibatkan molekul histamin. Bukan seperti manusia yang meng-klaim sesetengah bahan adalah mujarab tanpa menjelaskan mekanisme benda tersebut. Apatah lagi bukti dari ujian klinikal. Percayalah kepada perubatan moden. Perubatan moden tidak membawa anda ke neraka, memfitnah adalah yang akan membawa anda ke neraka.


Disklaimer: Artikel ini bukanlah satu nasihat perubatan. Ianya hanya pendedahan terhadap publik tentang ubat dan mekanisme nya. Sila pergi berjumpa pegawai perubatan atau pegawai farmasi jika anda ingin nasihat perubatan.

* Tanda ini bermaksud ianya lebih sesuai dibaca oleh mereka yang mempunyai asas dalam biologi, kimia, atau farmasi.


Rujukan:

1.         De Shazo RD, Kemp SF. Pathogenesis of allergic rhinitis (rhinosinusitis). Up-to-Date [Database on the Internet] Waltham (MA): UpToDate. 2020.

2.         Bjermer L, Westman M, Holmström M, Wickman MC. The complex pathophysiology of allergic rhinitis: scientific rationale for the development of an alternative treatment option. Allergy, Asthma & Clinical Immunology. 2019;15(1):1-15.

3.         Sheldon SH, Ferber R, Kryger MH, Gozal D. Principles and practice of pediatric sleep medicine e-book: Elsevier Health Sciences; 2014.

4.         Randall KL, Hawkins CA. Antihistamines and allergy. Australian prescriber. 2018;41(2):41.

5.         Church MK, Church DS. Pharmacology of antihistamines. Indian journal of dermatology. 2013;58(3):219.

6.         Wente MN, Bassi C, Dervenis C, Fingerhut A, Gouma DJ, Izbicki JR, et al. Delayed gastric emptying (DGE) after pancreatic surgery: a suggested definition by the International Study Group of Pancreatic Surgery (ISGPS). Surgery. 2007;142(5):761-8.

7.         Bolser DC. Older-generation antihistamines and cough due to upper airway cough syndrome (UACS): efficacy and mechanism. Lung. 2008;186(1):74-7.

8.         Keller GA, Di Girolamo G. Antihistamines: past answers and present questions. Current Drug Safety. 2010;5(1):58-64.


Published by etilluminare

Carbon-derived organism on a big chunk of rock.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started